Episod 9
Mahasiswa seterusnya; Alfiturrahman dijemput untuk ambil sertifikat..
Alhamdulillah; selesai sudah 5 tahun aku di bumi Indonesia ini..Hari ini adalah hari yang dinanti2 oleh semua mahasiswa; hari wisuda [konvokesyen]..Setelah ini, kami mahasiswa Malaysia kan pulang ke tanah air berjuang untuk tanah air..Ummi dan abi tersenyum lebar setelah melihat diriku berjubah..alhamdulillah itulah yang keluar dari mulut abi dan ummi..
Selamat tinggal bumi Indonesia
Selamat tingal UIKRIDA..
Selamat tinggal dosen2ku [guru]
Selamat tinggal teman2 Indonesiaku
Moga kita bersua lagi..
Mungkin bersua bukan sebagai mahasiswa
tapi sebagai seorang ynag bergelar dokter..
InsyaAllah
Bagi sahabat2 Malaysia, insyaAllah kita akan bersua lagi..
Buat Ammar,
Sampai saat ini masih belum terbuka hatimu untuk menjadikan diriku sebagai sayap kirimu.. Mungkin dirimu benar2 sudah memilih seseorang, apakan daya ku, aku bukanlah wanita yang terbaik buatmu..mungkin yang terbaik bg yang lain..kehendak Allah, aku redha, aku patuh dan aku taat. Moga Allah redha denganku..damaikanlah hatiku dengan ketentuan -Mu ya Allah ya Rabbi..
Buat Faiq yang sekian lama menunggu pintu hati ini terbuka untukmu, mohon maaf yang hanya aku mampu berikan. Bukanlah aku terlalu memilih, tapi diriku ada pilihan hati sendiri. Pilihanku adalah yang terbaik buatku buat agamaku. Doaku semoga dirimu ditemukan seorang wanita yang baik kelak.
Alhamdulillah...
-----------------------------------------------------------------
Semua mahasiswa Malaysia dikumpul di Pejabat Mara setelah tiba di Malaysia untuk urusan mengurangkan pembayaran. Aku cuba membuat permohonan untuk menyambung pelajaranku di bumi anbiya' tapi aku hanya dibenarkan setelah aku tamat housemanship selama 2 tahun. Aku akan sabar menanti waktu itu. Alhamdulillah.
Lamaran kali keduaTidak disangka2 kedua ibu bapa Helmi datang lagi melamar diriku setelah aku menolak dua tahun yang lalu. Kali ini lebih serius. Helmi juga datang pada hari melamarku. Tapi hanya tunduk. Tidak sesekali memandangku. Pihaknya memberi tempoh padaku supaya keputusannya lebih mantap."Akhi, temukan ana dalam istikharah akhi juga," hanya itu kata-kata yang keluar dari bibirku kurniaan Ilahi.Helmi akhirnya bersuara, "Bismillah, moga kata-kata ini bukan dari rasa riak dan takabbur dan hanyalah kerana Allah swt. Alhamdulillah, sebenarnya, sejak 2 tahun yang lalu ana telah istikharah. Kekuatan yang Allah kurniakan ini membuatkan ana kuat untuk memilih anti sebagai sayap kiri ana dengan niat kerana Allah swt."
MasyaAllah. Benarlah selama ini nafsu lebih mengusai diri ku. Istighfar ku tidak berhenti. Aku hanya mengangguk dan berjanji dengan izin Allah untuk memberi kata putus setelah tiga hari.
-------------------------------------------------------
"Ummi, boleh alfi curhat sikit?""Tafaddhol sayang, ummi mendengar.""Ummi, sebenarnya dari dulu alfi jatuh cinta pada seorang lelaki, sahabat seperjuangan alfi di Indonesia. Alfi sangat mengharapkan dirinya ummi. Alangkah indah jika alfi seperti Zulaikha yang akhirnya dapat memiliki Nabi Yusof walaupun alfi tahu alfi bukanlah secantik Zulaikha untuk dibandingkan dengannya.""Alfi sayang, jatuh cinta adalah fitrah manusia. Alhamdulillah, anak ummi jatuh cinta pada seorang Adam bukan pada golongan Alfi sendiri." Aku mengerutkan dahi. Ummi hanya senyum dan menyambung,
"Alfi, ummi dapat rasakan lelaki itu benar2 soleh kalau x anak ummi xkan jatuh hati. Tapi ingat, boleh jadi alfi sukakan sesuatu yang bukan yang terbaik untuk alfi. Firman Allah dalam surah yang kedua ayat 286. ada kan? Kadang2 apa yang kita suka xsemestinya milik kita. Malah mungkin itu hanya ujian semata yang Allah kurniakan untuk Alfi supaya iman alfi lebih mantap. Itu tujuan Allah. Setiap sesuatu yang terjadi pasti ada hikmahnya. Ingatlah sayang, mencintai seseorang xbererti kita akan memiliki nya."
Jatuh jua air mataku. Ya Allah, aku degil selama ini. Aku mencintai seseorang yang bukan hakku. Ampunkan hambamu ini..astaghfirullahalazim.. Malam itu aku istikharah lagi, moga Allah memberi kekuatan dan petunjuk kepadaku. Alhamdulillah, hatiku cukup kuat untuk menerima lamaran Helmi. Segalanya milik Allah. Moga cinta yang Allah kurniakan ini membuatkan aku lebih mencintai-Mu. Ummi dan abi gembira mendengar keputusanku.
Akhirnya diriku akan menjadi sebagian dari Helmi. Alhamdulillah. Ketentuan Allah pasti yang terbaik. Moga Allah memberkati hubungan yang dibina ini dan kami mampu menjadi pasangan yang baik di sisi Allah dunia dan akhirat.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana-Mu ya Allah. [6;162]
bersambung..
bersambung ag?haih...
[sALah & sILaP tErkAsaR bAhaSa] [tEgUrAn & mAaf dIpinTa] -Moga ALLAH redha..InsyaALLAH-