Khamis, 11 Mac 2010

Aku Insan Lemah




Kini,
aku insan lemah
tunduk dan patuh
pada perintah-Mu
tiada apa atau siapa pon
yang bisa menentang-Mu
aku kalah dgn egoku
ingin memiliki permata nan satu
namun tiada jua dayaku

makin hari makin
rapuh iman ini
cinta dunia kah yg aku burui?
cinta manusia kah?

kadang2 diriku terasa kosong
kenapa?
tidak cukupkah cinta Pemilikmu
cinta lelaki ajnabi juga yg dikejarmu
cinta dunia juga yg dipilihmu

Kini,
aku insan lemah
pabila hati ini
terasa kekosongan
pasti ada yang ingin diisi
malah musuh ketatku turut mengambil peluang
aku lemah dibuai keinginanku sendiri
layu dihanyut ombak dunia

Kini,
aku insan lemah
ya Rabbi, bimbinglah aku

nukilan dari,

aku insan lemah

[sALah & sILaP tErkAsaR bAhaSa]
[tEgUrAn & mAaf dIpinTa]

-Muga ALLAH redha..InsyaALLAH-

0 Comments:

Post a Comment