Rabu, 28 April 2010

Kalau bukan kerana...


[menulis post sambil menanti azan Isyak ;)]

Kalau bukan kerana yang Maha Pencipta,
aku tidak diciptakan di dunia ini dengan sia-sia
tetapi
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku."[QS 51;56]
Kalau bukan kerana yang Maha Pemurah,
aku tidak merasai nikmat Islam dan akal,
tetapi dengan akal aku dapat menilai Islam agama yang benar.
"Sesiapa yang Islam, maka mereka itu telah memilih jalan yang lurus."[QS 72;14]
Kalau bukan kerana yang Maha Pengasih,
aku tidak berusaha memantapkan imanku,
tetapi hamba yang beriman dan bertaqwa dijanjikan Allah untuk syurga.
Barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah kemenangan yang agung.[QS 4;13]
Kalau bukan kerana yang Maha Pengampun,
aku tidak akan hidup tenang akibat dosa-dosaku,
tetapi keampunan Allah seluas jagat raya.
"Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang."[QS 39;53]
Kalau bukan kerana yang Maha Mempermudah,
aku akan sentiasa mengeluh,
tetapi setiap kesulitan sentiasa disusul kemudahan.
"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan."[QS 94;5]
Kalau bukan kerana yang Maha Memberi Pertolongan,
aku pasti hidup sengsara makan xkenyang tidur xlena mandi xbasah,
tetapi
"Katakanlah, 'Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan."[QS39;44]
Kalau bukan kerana yang Maha Membuka,
pasti hati ini sentiasa terkunci,
tetapi hidayah milik Allah dan Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang Allah kehendaki.

Kalau bukan kerana yang Maha Melihat,
pasti aku akan melakukan kerusakan di bumi,
tetapi janji Allah bagi yang melakukan kerusakan adalah balasan dan azab api neraka-Nya.

Kalau bukan kerana yang Maha Adil,
rasa cemburu akan mengatasiku kalau 'result exam' kawan2 melebihiku,
tetapi Allah hanya memandang bagaimana usaha dan ikhtiar ku.

Kalau bukan kerana yang Maha Mengetahui,
menipu, mencuri pasti itu pekerjaanku,
tetapi Allah lebih mengetahui diriku dari aku mengetahui diri sendiri.
"Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."[QS 50;16]
Kalau bukan kerana yang Maha Mensyukuri,
pasti bibir ini sangat malas mengucapkan hamdalah,
tetapi
'....Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat Ku maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.[QS 14;7]
Kalau bukan kerana yang Maha Penghitung,
pasti malas menguasai hidupku,
tetapi,
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah pun, nescaya dia akan mendapat balasannya."[QS 99;7]
Kalau bukan kerana Allah....
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah Tuhan seluruh alam."[QS 6;162]
[sALah & sILaP tErkAsaR bAhaSa][tEgUrAn & mAaf dIpinTa]
-Muga ALLAH redha..InsyaALLAH-

0 Comments:

Post a Comment