Jumaat, 23 April 2010

Lagu lagi dan lagi..(^_^)/


Abu Hurairah ra bercerita bahwa ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw, dan bertanya,"Rasulullah, siapakah yang paling berhak aku perlakukan dengan baik? Rasulullah saw menjawab, "Ibumu." Lelaki itu bertanya lagi, "Kemudian siapa lagi?" Rasulullah saw menjawab, "Ibumu." Lalu, lelaki itu bertanya lagi, "Kemudian siapa lagi?" Rasulullah menjawab,"Ibumu." Lelaki itu bertanya lagi, "Kemudian siapa lagi?" rasulullah saw menjawab,"Ayahmu."[HR Bukhari dan Muslim]


"Masih ada peluang. Masih ada masa untuk perbaiki. Bermohonlah pada Allah. Solat hajat sentiasa. Ma sentiasa doakan anak-anak ma supaya berjaya dunia akhirat." Kata-kata seorang ibu.

Betapa tabahnya dirimu menghadapi ujian anak-anakmu,
Betapa sabarnya dirimu melayan karenah anak-anakmu,
Betapa bersungguhnya dirimu mendidik anak-anakmu,
Itulah pengorbanan seorang ibu.

[Ibuku Sayang - Amar]

سبحان الله Maha Suci Allah
الحمد لله Pujian bagi Allah
الله أكبر Allah Maha Besar

Wahai ibuku yang tersayang
Dirimu permata gemilang
Kau menyinari hidup kami semua
yang dahagakan kasih sayang mu

Duhai ibuku sayang
Kaulah bunga di taman
Akan ku petik kan kusemaikan di hati
Engkau ibu mithali Jasamu tak bertepi
Oh ibu kau tetap di hati

Wahai ibuku yang tersayang
Kau umpama bintang bergermalapan
Kau menyerikan keluarga idaman
yang memerlukan belai kasihmu

Duhai ibuku sayang redhailah kami
anak-anakmu ini demi syurga abadi
maafkanlah kesalahan kami
halalkanlah makan minum kami
Engkau ibu mithali jasamu tak bertepi

Moga hidupmu Allah memberkati


.................................................................................

Rindu~!

Sile study pliz!


0 Comments:

Post a Comment