Sabtu, 22 Mei 2010

Adamaya? huhu..


sungguh romantik pakcik dan makcik ini..diwnk2^^

~OST Adamaya~

Takde post len ke nak buat..sal adamaya jugak..

Baru saje tgk citer ni..walaupon org len dah khatam lame dah..huhu byk komen mengenai cerita ni..ada yg komen

"Adam sungguh la baek~!Maya xpatut wat camtu.."

Ada jugak komen;

"Nak buat camne first love!"

camne tu?

Cerita ok. Menarik. Tapi, sungguh saye emo bile tgk start episod 14, bila bermulanya kisah 'konpius' Maya dengan cinta pertamanya. Tapi, alhamdulillah dia sedar kembali dan mereka bahagia dengan anaknya Amani yang sungguh comel la kan..

Rajin sungguh saye update blog ttg Adamaya..

Bukan itu tujuannya..

dari drama itu, sungguh pasti setiap wanita akan mengatakan, 'sungguh, aku nak jadi isteri yang terbaik.'

Isteri yang solehah?

Copy dari link ini~boley klik..sb panjang lagi~
Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34)

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: "Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya". Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)
Janji Allah pabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan, menjaga kemaluannya dan taat pada suaminya, insyaAllah di akhirat dalam syurga dari pintu mana yang disukai. Indah. Tapi bukan mudah untuk itu. Bagaimana?
Rasulullah SAW bersabda: "Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: "Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda". (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)
Adam? Begitukah ciri-ciri suami yang baik? Mungkin baik jika dilihat ciri Adam yang menjaga solat dan sentiasa menolong isteri dalam tugas2 rumah tapi tidak seluruhnya. Melihat isteri dengan lelaki lain tapi tidak cuba mengahalang, kalau itu dikatakan baik pasti ramai isteri lalai dan leka dalam menjalankan tugas sebagai isteri. MasyaAllah. Moga sentiasa dalam perlindungan-Nya.

Cemburu dituntut dalam Islam tapi berpada-pada. Tidak perlu sampai menyusahkan isteri.;) Cemburu tandanya suami itu bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai suami. Mungkin sekali sekala boleh check nset, beg or barang2 isteri. Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anak. Bak kata orang jugak, 'cemburu tanda sayang'..yeke? maybe~

Saje mengupdate pasal drama ni~dah xde keje..[padahal nak exam]

Sebenarnya, jika seorang bapa juga mengetahui 'ringan-ringan' anaknya tapi membiarkannya itu juga adalah dayus. MasyaAllah. Boleh rujuk Zaharuddin.net untuk lihat lebih lanjut siapa lelaki dayus.

Okeh. Habis topik Adamaya. sekarang topik study~! Post ini tidak dituju siapa2. cume komen dari Adamaya. Bukan jugak saye nak kawin sekarang. Belajar perabih dulu. Datang Indonesia adalah niat mencari ilmu fardhu kifayah ini..so teruskan berusaha~Moga saye kuat.

[boleh juge click di link ini..best puisi die..♥puisi doa seorang isteri buat suami tercinta♥]

salam dari saye..

[sALah & sILaP tErkAsaR bAhaSa][tEgUrAn & mAaf dIpinTa]-Muga ALLAH redha..InsyaALLAH-

0 Comments:

Post a Comment