Rabu, 16 Jun 2010

ceritera semata..

~Cerpen semate~


"Solat sunat Istikharah? Istikharah tentang apa?"Tanya kembali Umar kepadaku.

Tergagap-gagap jari menekan ponsel ku.

"Istikharah tentang jodoh."

"Kalau istikharah untuk jodoh belum masanya. Masih panjang untuk itu. Solat sunat istikharah dilaksanakan untuk memohon petunjuk Allah ketika manusia bingung dalam menentukan suatu pilihan. Tapi, setiap individu yang ingin melakukan istikharah ini mestilah membersihkan niat dan hatinya dari sebarang pilihannya SEBELUM melakukan istikharah. Mestilah juga benar-benar berniat bahawa ia akan menerima apa sahaja pilihan yang akan didapatinya dari istikharah tadi. Demikian pendapat majoriti ulama.

Ringkasnya, dalam sebuah hadis sohih menyebut :-

كان رسول اللَّهِ يُعَلِّمُنَا الِاسْتِخَارَةَ في الْأُمُورِ كما يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ من الْقُرْآنِ يقول إذا هَمَّ أحدكم بِالْأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ من غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ اللهم إني أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ من فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ ولا أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ ولا أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلَّامُ الْغُيُوبِ اللهم إن كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ خَيْرٌ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لي وَيَسِّرْهُ لي ثُمَّ بَارِكْ لي فيه وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هذا الْأَمْرَ شَرٌّ لي في دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أو قال في عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عنه وَاقْدُرْ لي الْخَيْرَ حَيْثُ كان ثُمَّ أَرْضِنِي به قال وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ

Ertinya : Adalah Rasulullah s.a.w mengajar kami melakukan istikharah (meminta petunjuk) sama sepertimana mengajar kami surah-surah Al-Quran. Apabila seseorang kamu mempunyai sesuatu hajat hendaklah dia solat solat dua raka'at dan kemudian berdoa. " [Riwayat Al-Bukhari, no 1109, 1/39]
“Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkaara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”
Sumber; Zaharuddin.net@facebook.

Panjang lebar Umar menerangkanku. Menurutnya juga, istikharah dilakukan jika 'konfius' dengan 2 pilihan. Tambahannya lagi, jika dilakukan istikharah untuk jodoh ini tandanya kita bersedia untuk ke alam perkahwinan.

"Zulaikha dah bersedia untuk ke alam perkahwinan? Alam perkahwinan ini bukan hanya sekadar akad, malah lebih berat tanggungjawabnya. Jika belum bersedia, ditundakan dulu."

Ingin saja hati ini mengatakan, 'temukan aku dalam istikharahmu'. Aku bermonolog sendirian. Tapi, itu tidak bisa ku ungkapkan. Tiada kekuatan untukku. Kerana ada yang lebih berkuasa ke atas ku. Ada yang lebih mengetahui akan diriku. Ada yang lebih bijaksana menentukan kehidupanku.

'Berharaplah pada Allah.'


Jari ibarat kaku untuk meneruskan ketikan. Aku hanya mampu menekan butang trash.'Delete message?' 'Yes'. Astaghfirullah! Zulaikha Humaira, jangan tolak dosa kat orang lain. Dosa demi dosa aku lakukan. Dosa yang lalu masih belum terampunkan, tapi aku masih mengulang kesalahan yang sama.

Teringat kata-kata dari usrahku, setiap manusia ada Qarin tersendiri. Kita pun ada. Qarin itulah yang mengajak kita untuk melakukan kemungkaran. Tapi, hanya satu sahaja Qarin yang telah dilemahkan Allah yaitu Qarin Rasulullah saw. Kerana Rasulullah saw itu, Allah jadikan bersifat ma'sum. Jadi, iman lah berusaha untuk menghalang Qarin dari terus memujuk diri untuk melakukan kesalahan demi kesalahan.

يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا لا تَتَّبِعوا خُطُوٰتِ الشَّيطٰنِ ۚ وَمَن يَتَّبِع خُطُوٰتِ الشَّيطٰنِ فَإِنَّهُ يَأمُرُ بِالفَحشاءِ وَالمُنكَرِ ۚ وَلَولا فَضلُ اللَّهِ عَلَيكُم وَرَحمَتُهُ ما زَكىٰ مِنكُم مِن أَحَدٍ أَبَدًا وَلٰكِنَّ اللَّهَ يُزَكّى مَن يَشاءُ ۗ وَاللَّهُ سَميعٌ عَليمٌ

Ertinya; Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
. [QS An-Nur,24; 21]

Astaghfirullah!

'Terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah, terima kasih ibu, terima kasih duhai ayah.' Ringtone berbunyi khusus untuk panggilan dari ma dan abah. Aku segera mengangkat panggilan dan tinggalkan lamunan.

"Assalamualaikum along." Itulah panggilan ku di rumah kerana aku adalah anak sulung dari 5 beradik. Ma seorang suri rumah sepenuh masa, mengharapkan 'gaji' hanya dari Allah. Abah pula masih bekerja sebagai Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan. Dan aku, Zulaikha Humaira, masih lagi menuntut ilmu perubatan tahun 3 di Tanta Al-Azhar University.

"Waalaikummussalam abah. Abah sihat?"

"Alhamdulillah. Bagaimana along tentang hal yang abah utarakan kelmarin? Along setuju dengan lamaran Danish?" Danish Aiman. Kata abah, Danish seorang Pensyarah muda di tempat abah bekerja. Seorang yang baik, maupun agama juga budi bahasa. Asal Johor Bharu. Kata abah jugak, hampir seluruh mahasiswi tergilakan pensyarah muda itu.

"Abah, abah tak sedih kalau along tak dapat balik sebab asyik kena balik johor je?Jauh tu abah. Huhu."

"Eh, macam lah Danish tu tak nak balik langsung sini. Danish pun ada rumah jugak kat sini. Saja la tu along bagi alasan. Abah tak paksa along. Along yang mesti buat keputusan."

"Abah, maafkan along abah. Along tak bersedia lagi. Awal lagi la abah. Mana lah tau nanti abah dapat menantu yang dari bumi Anbiya' ni jugak yang jauh lebih baik dari Danish. Huhu."

"Kira along tolak lamaran Danish?" Abah bertanya untuk kepastian.

"Aah. Along tak sedia lagi untuk itu. Abah doakan along ye. Along sangat harapkan doa dari ma abah supaya along kuat hati di sini. Along nak fokus study dulu abah." jelasku. Harap abah mengerti. :)

"Tak pelah kalau begitu, alasan along abah terima. Okeh. Belajar baik-baik. Doa abah dan ma sentiasa untuk along dan adik-adik. Jaga diri baik-baik k." Alhamdulillah. Abah sangat memahami ku.

"Time kasih abah. Sayang abah dan ma. Kirim salam cium dahi untuk ma eh..Assalamualaikum." Alhamdulillah. Selesai tentang Danish Aiman. Indah nama itu. Tapi indah lagi Umar Zahrin yang benar-benar sedap mata bila memandang. Astaghfirullah!

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka....[QS An-Nur,24; 31]

Ingatlah, zulaikha..

الخَبيثٰتُ لِلخَبيثينَ وَالخَبيثونَ لِلخَبيثٰتِ ۖ وَالطَّيِّبٰتُ لِلطَّيِّبينَ وَالطَّيِّبونَ لِلطَّيِّبٰتِ ۚ أُولٰئِكَ مُبَرَّءونَ مِمّا يَقولونَ ۖ لَهُم مَغفِرَةٌ وَرِزقٌ كَريمٌ

Ertinya; (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.[QS An-Nur,24; 26]


Tamat.

Dari cerpen;

*masukan tentang istikharah. Sumber dari http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/tanda-istikharah-untuk-kahwin-persoalan/422565776082
*masukan ayat-ayat dari surah An-Nur, 24.boleh rujuk kitab kesayangan anda, Quran al-Karim.
*tiada kena-mengena hidup dan yang telah meninggal dunia..bukan kisah benar.
*nama-nama Islam;boleh singgah di sini kalau merancang untuk nama-nama anak;)
Zulaikha Humaira; Cantik berpipi merah
Umar Zahrin; Pemimpin yang sedap dipandang
Danish Aiman; Pengetahuan, bijak, yang bertuah, berkat.
Itu sahaja untuk hari ini..
Masih tidak melakukan anjakan paradigma..
Sedangkan Allah masih teruskan nikmat kesihatan, keimanan dan keislaman kurniaan-Nya ini..
Alhamdulillah wa syukur lillah..

Time to masak..Masak pe la ye?
Bilalah saye bley pro dalam memasak? :)

[sALah & sILaP tErkAsaR bAhaSa][tEgUrAn & mAaf dIpinTa]-Muga ALLAH redha..InsyaALLAH-

0 Comments:

Post a Comment